Panduan pemarkahan BM PMR
Panduan Menyemak Bahasa Melayu Kertas 2 - PMR
(BM 02/2)
Nota:
Pemarkahan ;
Bahagian A (i) : 20 markah
Bahagian A (ii) : 10 markah
Bahagian B : 20 markah
Bahagian C : 40 markah
Bahagian D : 10 markah
JUMLAH : 100 markah
Bahagian A(i) : Ringkasan [ 20 markah ]
* Bahasa dinilai secara tanggapan (impression)
* Tandakan kesalahan bahasa sebagaimana penandaan karangan (tiada potongan markah bagi kesalahan ejaan).
* Tandakan (/) pada setiap isi.
* Baca dan periksa setakat 80 patah perkataan atau sehingga ayat itu berakhir.
* Buat garisan panjang selepas 80 patah perkataan atau sehingga ayat itu berakhir.
* Murid menjawab dalam perenggan, periksa seperti biasa.
* Walaupun isi kurang, bahasa diperiksa seperti biasa.
* Jawapan murid dalam catatan, berikan markah penuh untuk isi markah maksimum untuk bahasa ialah 6 markah sahaja.
* Jika isi disalin secara terpilih dan dibuat dalam bentuk catatan (poin), markah isi seperti biasa tetapi maksimum bahasa ialah 4 markah.
* Jika murid menyalin petikan, markah isi akan ditolak 50% dan markah maksimum bahasa ialah 2 markah.
KRITERIA PENSKORAN
PERINGKAT
MARKAH
KRITERIA
CEMERLANG 09 -10
* Bahasa baik dan lancar.
*
Berupaya menggunakan ayat sendiri
o Pemilihan kata yang tepat
o Ayat yang gramatis
o Penanda wacana yang sesuai
* Ejaan dan tanda baca yang betul.
BAIK 06 – 08
* Bahasa masih baik dan masih lancar
*
Masih berupaya mengguna ayat sendiri
o Pemilihan kata yang terhad
o Ayat yang masih gramatis
o Penanda wacana masih sesuai.
* Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum.
MEMUASKAN 03 – 05
* Bahasa kurang lancar.
*
Terdapat kesalahan yang ketara dalam ayat, ejaan dan tanda baca
ATAU
* Menyalin ayat daripada petikan asal secara terpilih.
PENGUASAAN MINIMUM 10 - 02
* Keseluruhan jawapan menggambarkan penguasaan bahasa yang lemah. Menyalin secara terus daripada petikan.
Cara menulis markah
a) Isi = 10 b) Isi = 10
Bahasa = 10 Bahasa = 05*(salin isi secara terpilih)
JUMLAH 20 JUMLAH 15
c) Isi = 09*(isi tidak lengkap) d) Isi - 08*( - 50%) = 04
Bahasa = 08 Bahasa = 02*(salin petikan)
JUMLAH 17 JUMLAH 06
KRITERIA MARKAH ISI ( 10 MARKAH )
BILANGAN ISI MARKAH
5 9 – 10
4 7 – 8
3 5 – 6
2 3 – 4
1 1 - 2
Bahagian A(ii) : Pemahaman [ 10 markah ]
* Untuk markah penuh bagi soalan maksud rangkai kata - maksud mesti tepat mengikut konteks dan ayat gramatis. Penolakan markah untuk jawapan yang tidak tepat / ayat tidak gramatis.
* Untuk markah penuh soalan pemahaman – isi mesti cukup serta lengkap dan ayat gramatis.markah ditolak jika isi tidak lengkap / cukup dan ayat tidak gramatis.
* Bagi soalan kemahiran berfikir, isi mestilah releven mengikut tugasan dan ayat gramatis.Markah akan ditolak jika isi tidak / kurang releven dan bahasa tidak gramatis
BAHAGIAN B : KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN
[ 20 MARKAH ]
KRITERIA PENSKORAN PERINGKAT MARKAH
KRITERIA
CEMERLANG 16 – 20 (18-20) ( 16 – 17 )
* Ayat gramatis
* Penggunaan kata dan kosa kata yang luas dan tepat
* Kesalahan penggunaan kata yang minimum
* Ejaan dan tanda baca yang betul
* Idea yang relevan berdasarkan tugasan.
* Huraian idea seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan sesuai dan berkembang
* Pengolahan yang menarik dan berkesan.
BAIK
11 – 15
( 13 – 15 )
( 11 – 12 )
* Ayat masih gramatis
* Penggunaan kata dan kosa kata masih luas dan tepat
* Kesalahan penggunaan kata yang minimum
* Kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum
* Idea yang relevan berdasarkan tugasan.huraian idea seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan masih sesuai tetapi kurang dikembangkan
* Pengolahan masih menarik
MEMUASKAN
06 – 10
( 08 – 10 )
( 06 – 07 )
* Ayat kurang gramatis
* Penggunaan kata dan kosa kata yang terhad
* Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara
* Idea yang relevan berdasarkan tugasan.huraian idea seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan yang terhad
* Pengolahan tidak menarik
PENGUASAAN MINIMUM
01 – 05
* Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa yang tidak cekap
* Idea kabur / tidak berkaitan dengan tugasan.
NOTA:
Cara menyemak jawapan murid yang terdapat kesalahan bahasa, tanda baca, ejaan dan isi / fakta adalah seperti berikut.
____________________ kesalahan bahasa, perkataan dan frasa
/ kesalahan ejaan
// kesalahan ejaan yang berulang
Kesalahan tanda baca
( ) kesalahan isi / fakta
BAHAGIAN C : KARANGAN RESPON TERBUKA [ 40 MARKAH ]
PERINGKAT
MARKAH
CEMERLANG
33 - 40
KEPUJIAN
25 – 32
BAIK
17 – 24
MEMUASKAN
09 – 16
PENGUASAAN MINIMUM
01 - 08
KRITERIA MENILAI KEMAHIRAN MENULIS
ASPEK
KRITERIA
BAHASA
* Kegramatisan: Kata (morfologi)
Ayat (sintaksis)
* Ejaan dan tanda baca betul
* Kosa kata luas dan tepat
IDEA
* Isi-isi sesuai
* Huraian isi jelas
* Contoh yang sesuai
PENGOLAHAN
* Pengolahan menarik dan berkesan
* Pemerengganan sesuai
* Format menepati tugasan
* Unsure keindahan bahasa (pantun dan peribahasa)
KRITERIA PENSKORAN
PERINGKAT
MARKAH
KRITERIA
CEMERLANG
33 – 40
( 37 – 40 )
( 33 – 36 )
* Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat
* Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi tedapat kesalahan yang minimum
* Penggunaan penanda wacana yang betul
* Ejaan dan tanda baca yang betul
* Penggunaan kosa kata yang luas dan tepat
* Idea yang relevan dengan huraian yang jelas beserta dengan contoh-contoh yang sesuai
* Pengolahan menarik dan berkesan dengan pemerengganan yang sesuai dan format menepati kehendak tugasan
* Penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa, pantun, cogan kata dan frasa yang menarik
KEPUJIAN
25 – 32
( 29 – 32 )
( 25 – 28 )
* Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat
* Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi tedapat kesalahan yang minimum
* Penggunaan penanda wacana yang sesuai
* Ejaan dan tanda baca yang betul
* Penggunaan kosa kata yang luas
* Idea yang relevan dengan huraian yang jelas beserta dengan contoh-contoh
* Pengolahan menarik dengan pemerengganan yang sesuai dan format menepati kehendak tugasan
* Penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa, pantun, cogan kata dan frasa yang menarik
BAIK
17 – 24
( 21 – 24 )
( 17 – 20 )
* Penggunaan pelbagai jenis kata yang sesuai
* Penggunaan ayat majmuk gabungan yang gramatis tetapi tedapat kesalahan yang minimum
* Penggunaan penanda wacana yang masih sesuai
* Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum
* Penggunaan kosa kata umum tetapi terdapat kesalah yang minimum
* Idea masih relevan dengan huraian yang masih jelas
* Pengolahan masih menarik dengan pemerengganan yang masih sesuai dan format menepati kehendak tugasan
MEMUASKAN
09 – 16
( 13 – 16 )
( 09 – 12 )
* Penggunaan pelbagai jenis kata yang terhad
* Penggunaan ayat yang mudah tetapi tedapat kesalahan yang minimum
* Penggunaan penanda wacana yang kurang tepat
* Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara
* Idea masih relevan / idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas
* Pengolahan kurang menarik dengan pemerengganan yang kurang sesuai dan format yang kurang tepat
PENGUASAAN
MINIMUM
01 – 08
( 05 – 08 )
( 01 – 04 )
* Keseluuruhan jawapan murid menggambarkan penguasaan bahasa yang tidak cekap
* Tidak menjawab tugasan / soalan
NOTA;
Cara penandaan menyemak semasa menyemak jawapan murid seperti nota di atas.
BAHAGIAN D: PEMAHAMAN NOVEL [ 10 MARKAH ]
PEMBAHAGIAN MARKAH
PERINCIAN
MARKAH
ISI
6 Markah
BAHASA
4 Markah
KRITERIA MARKAH BAHASA
PERINGKAT
MARKAH
KRITERIA
CEMERLANG
04
* Bahasa baik dan lancar
* Ayat gramatis
* Ejaan dan tanda baca yang betul
BAIK
02 – 03
* Bahasa masih baik dan masih lancar
* Penggunaan ayat masih gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum
* Kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum
MEMUASKAN
01
* Bahasa tidak cekap
* Ayat tidak gramatis
* Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara
NOTA:
* Markah Maksimum Isi : 3 isi
* Jawapan murid mestilah berdasarkan novel-novel yang dipelajari di tingkatan 1, 2 dan 3
* Markah maksimum bagi bahasa 4 markah
* Markah bahasa diberi secara tanggapan (impression)
*
Markah maksimum 10 markah
Panduan Menyemak Bahasa Melayu Kertas 1- SPM
(BM 1103/1)
NOTA:
* Kertas 1 ini bertujuan menguji murid membina, mengumpul, memilih dan menyusun atur idea-idea, hujah-hujah dan bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk
* Menguji murid melahirkan idea, pendapat, hujah, pengalaman dan perasaan dengan bahasa yang jelas dan berkesan
* Menguji murid dalam menguasai teknik mengarang pelbagai bentuk karangan dan menggunakannya untuk pelbagai tujuan, menguasai penggunaan perenggan-perenggan dan tanda-tanda baca pada tempat-tempat dan keadaan yang sesuai.
*
Menguji keupayaan murid menulis dengan bahasa yang kemas, lancar dan jelas, struktur ayat yang betul dan gaya bahasa yang menarik serta bersesuaian dengan tajuk karangan
Bahagian A : Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan ( 30 markah )
KRITERIA PENSKORAN
PERINGKAT
MARKAH
KRITERIA
CEMERLANG
26 – 30
(28 – 30)
(26 – 27)
* Karangan menepati tema bahan ransangan.
* Idea releven dengan tema bahan ransangan dan dihuraikan dengan jelas dan matang.
* Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sisitem Ejaan Rumi Baharu. Penggunaan kosa kata luas dan tepat.
* Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik.
KEPUJIAN
20 – 25
(23 – 25)
(20 – 22)
* Karangan menepati tema bahan ransangan.
* Idea releven dengan tema bahan ransangan dan dihuraikan dengan jelas
.
* Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu. Penggunaan kosa kata luas dan luas.
* Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi.
MEMUASKAN
15 – 19
(17 – 19)
(15 – 16)
* Karangan masih menepati tema bahan ransangan.
* Idea masih releven dengan tema bahan ransangan. Huraian idea masih jelas .
* Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca masih betul dan tepat. Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu.
* Wacananya masih lengkap. Unsur bahasa masih bervariasi.
KURANG
MEMUASKAN
10 – 14
(12 – 14)
(10 – 11)
* Karangan masih/kurang menepati tema bahan ransangan.
* Idea masih/kurang releven dengan tema bahan ransangan. Huraikan idea kurang masih jelas .
* Bahasa kurang gramatis dari egi kata dan ayat. Kesalahan-kesalahan tatabahasa ketara . Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu tetapi terdapat kesalahan ejaan yang ketara.Penggunaan kosa kata terhad
* Wacana kurang lengkap. Unsur bahasa kurang bervariasi.
PENCAPAIAN
UMUM
01 – 09
(06 – 09)
(01 – 05)
* Calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran menulis.
* Idea tidak menepati tema bahan ransangan.
* Banyak kesalahan bahasa dari segi kata dan ayat.
***Ungkapan menarik –
peribahasa, pantun, cogan kata, frasa menarik, petikan ucapan, kata-
kata hikmat, petikan hadis, maksud Al-Quran dan lain-lain.
Bahagian B: karangan Berdasarkan Bahan Ransangan ( 100 markah )
NOTA:
KRITERIA
DESKRIPSI
1. BAHASA
(Mekanis)
*
Kegramatisan - Kata ( morfologi )
- Ayat ( sintaksisis )
* Tanda baca
* Ejaan
2. LARAS
( Dinamis )
* Pemilihan kosa kata
3. IDEA
( Isi )
* Tema
* Isi utama
* Pengembangan(huraian/bahasa/hujahan/contoh)
* Kerelevanan
4. PENGOLAHAN
* Wacana
* Logik
* Pemerengganan
* Format
5. GAYA BAHASA
* Keingahan bahasa
* Ungkapan
* Peribahasa
KRITERIA PENSKORAN
PERINGKAT
MARKAH
KRITERIA
CEMERLANG
80 – 100
(90 – 100)
(80 – 89)
* Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas dan matang, disertakan dengan contoh yang sesuai.
* Penggunaan pelbagai jenis ayat majmuk yang gramatis.
* Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat.
* Penggunaan kosa kata luas yang tepat.
* Ejaan dan tanda baca yang betul.
* Laras bahasa sesuai dengan tugasan.
* Penggunaan unsur bahasa bervariasi.
* Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa.
* Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerenganan sesuai.
* Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan.
KEPUJIAN
66 – 79
(73 – 79)
(66 – 72)
* Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas, disertakan dengan contoh yang sesuai.
* Penggunaan pelbagai jenis ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum.
* Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat.
* Penggunaan kosa kata luas yang tepat.
* Ejaan dan tanda baca yang betul.
* Laras bahasa sesuai dengan tugasan.
* Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi.
* Gaya bahasa masih menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa.
* Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai.
* Wacana lengkap dan masih terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan.
BAIK
51 – 65
(58 – 65)
(51 – 57)
* Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi masih jelas dan contoh masih sesuai.
* Penggunaan ayat majmuk gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum.
* Penggunaan pelbagai jenis kata sesuai.
* Penggunaan kosa kata umum.
* Ejaan dan tanda baca masih betul.
* Laras bahasa sesuai mengikut tugasan.
* Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi.
* Gaya bahasa yang kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan kurang berkesan.
* Pengolahan masih menarik dan pemerengganan masih sesuai.
* Wacana masih lengkap.
MEMUASKAN
36 – 50
(43 – 50)
(36 – 42)
* Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi kurang jelas dan contoh kurang sesuai.
* Ayat kurang gramatis
* Penggunaan pelbagai jenis kata terhad.
* Penggunaan kosa kata umum dan terhad.
* Ejaan dan tanda baca betul tetapi terdapat kesalahan yang minimum.gaya, bahasa kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan kurang berkesan.
* Laras bahasa kurang sesuai.
* Penggunaan unsur bahasa kurang bervariasi.
* Gaya bahasa kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan kurang berkesan.
* Pengolahan kurang menarik.
* Wacana masih / kurang lengkap.
KURANG MEMUASKAN
21 – 35
(28 – 35)
(21 – 27)
* Idea masih relevan / idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas / tidak berkembang dan contoh tidak sesuai.
* Ayat tidak gramatis tetapi masih difahami.
* Penggunaan kata kurang tepat.
* Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara.
* Unsur bahasa tidak bervariasi.
* Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan lemah.
* Pengolahan tidak menarik.
* Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak seimbang.
PENCAPAIAN MINIMUM
01 – 20
(11 – 20)
(01 – 10)
* Idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas / tidak berkembang dan contoh tidak sesuai.
* Keseluruhannya menunjukkan penggunaan kata dan ayat yang tidak gramatis.
* Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara.
* Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan lemah dan tidak menarik.
* Pengolahan tidak menarik.
* Wacana tidak lengkap binaan perenggan tidak seimbang dan tidak sesuai.
* Keseluruhan karangan sukar / tidak difahami.
No comments:
Post a Comment